Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan rai ulang tahun ke-10 Masjid Ash-Shaliheen

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Sempena memperingati ulang tahun penubuhan Masjid Ash-Shaliheen ke-10, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di masjid berkenaan di Kompleks Bangunan JPM, hari ini.

    Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis antara lain bertujuan untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT setelah Masjid Ash-Shaliheen mencapai usia 10 tahun, meningkatkan ibadah dan kekhusyukan para jemaah dan ahli takmir masjid serta memakmurkan masjid dengan kegiatan-kegiatan berkebajikan selaras dengan usaha menyebarkan syiar Islam di negara ini terutama sekali dalam menyatukan hubungan silaturahim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai yang diteruskan dengan bacaan doa khas dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, sebelum diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri di JPM semasa menghadiri majlis keagamaan meraikan ulang tahun Masjid Ash- Shaliheen.
    Antara warga JPM dan KHEU yang menghadiri majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...