Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengadakan Kempen Hari Bertindak sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022 yang bertemakan Perpaduan melalui Kerja Sukarela bermula 11 Disember ini hingga 31 Januari depan.

    Dalam pada itu, bersempena sambutan berkenaan, KKBS telah mengadakan majlis kesyukuran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, persatuan dan pergerakan belia, belia-belia masjid, alumni program-program kebangsaan dan antarabangsa, penuntut-penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kempen Hari Bertindak sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022, belia dan orang ramai.

    Majlis dimulakan dengan Selawat Tafrijiyah sebelum diikuti dengan tazkirah bertajuk Perpaduan melalui Kerja-kerja Sukarela yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor di Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

    Ia diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Menghindari Wabak COVID-19 sebelum diakhiri dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

    Sambutan berkenaan bertujuan untuk menyediakan platform untuk mengumpulkan masyarakat Negara Brunei Darussalam dalam pembangunan semangat kesukarelawanan, serta menjadi lambang perpaduan dan usaha di pelbagai peringkat masyarakat menuju ke arah perubahan melalui pendekatan bersama dan bekerjasama.

    Haji Zakaria semasa menghadiri majlis tersebut selaku tetamu kehormat.
    2- Antara yang hadir pada majlis tersebut
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.
    Penyampaian tazkirah ‘Perpaduan Melalui Kerja-Kerja Sukarela’ yang disampaikan oleh Awang Fariszal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...