Majlis Keselamatan bincang ancaman pasca COVID-19

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 2 SEPT – Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang kemuncak peringkat tertinggi semasa mesyuarat pemimpin dunia di Perhimpunan Agung pada akhir bulan ini bagi membincangkan ancaman keselamatan dunia pasca COVID-19.

Duta Besar PBB Niger, Abdou Abarry, yang mengambil alih jawatan presiden secara bergilir kelmarin, memberitahu semasa sidang media secara maya bahawa perjumpaan badan paling berkuasa PBB akan diadakan secara dalam talian pada 24 September.

Abarry berkata mesyuarat ‘mengenai pentadbiran global pasca-COVID-19 berhubung untuk mengekalkan kedamaian antarabangsa dan keselamatan’ akan membincangkan ancaman keselamatan seperti konflik tetapi juga jenayah dan pandemik serta ‘penyesuaian’ terhadap sistem antarabangsa semasa.

Dia berkata presiden Niger, Mohammadou Issoufou, yang akan menjadi pengerusi mesyuarat, sedang menghantar jemputan kepada pemimpin-pemimpin dari 14 buah negara yang lain di Majlis Keselamatan. Beberapa buah negara, yang tidak nyatakan, telah memberitahu bahawa pemimpin mereka akan menghadiri mesyuarat tersebut, katanya.

Abarry berkata isu utama selepas pandemik koronavirus ialah, ‘adakah kita mampu membangunkan sebuah dunia yang lebih kuat, lebih adil dengan mengurangkan kemusnahan alam sekitar yang lain, dan mampu memberikan kemudahan kepada manusia untuk hidup dengan lebih harmoni dan dengan alam semula jadi?’

Dalam tahun-tahun kebelakangan, Majlis Keselamatan telah mengadakan mesyuarat dengan tema yang dipilih oleh presiden yang bergilir pada September semasa Perhimpunan Agung yang mana akan dihadiri oleh ribuan orang ke ibu pejabat PBB di New York.

Tetapi disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19, mesyuarat peringkat tertinggi ini akan diadakan secara dalam talian keseluruhannya. – AP