Majlis Keselamatan tolak resolusi Rusia

NEW YORK, 15 April – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menentang sekeras-kerasnya resolusi Rusia yang menyeru bagi mengutuk ‘serangan’ yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis ke atas Syria semalam, satu undi yang mencerminkan sokongan ke atas serangan udara pasukan bersekutu ke atas tapak-tapak kimia milik Syria.

Namun, pada akhir mesyuarat tergempar itu, Rusia sekali lagi menunjukkan kelemahan PBB sebagai badan paling berkuasa dalam menangani konflik yang telah berlangsung selama tujuh tahun di Syria.

Resolusi Rusia terhadap penolakan dan penghentian segera ke atas ‘serangan’ dan ‘sebarang penggunaan kekerasan’ oleh ketiga-tiga sekutu Barat itu hanya mendapat sokongan dua daripada 15 anggota Majlis Keselamatan iaitu China dan Bolivia.

Sebaliknya, sebanyak lapan buah negara mengundi menentang draf Rusia itu iaitu AS, UK, Perancis, Belanda, Sweden, Kuwait, Poland dan Ivory Coast, manakala empat negara berkecuali iaitu Etiopia, Kazakhstan, Equatorial Guinea dan Peru.

Duta Rusia ke PBB Vassily Nebenzia mengundi bagi resolusi pada mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Syria, kelmarin. – AP

Pada pertemuan itu yang kelima dalam minggu ini mengenai senjata kimia di Syria, Rusia dan para penyokongnya sekali lagi berselisih dengan AS dan para sekutunya ke atas serangan gas beracun pada 7 April lalu di pinggir bandar Damsyik, Douma.

Sementara itu, AS, UK dan Perancis berkata mereka melancarkan serangan udara ke atas tapak-tapak kimia di Syria setelah mendapat bukti bahawa senjata kimia telah digunakan oleh kerajaan Presiden Bashar al-Assad. Akan tetapi Rusia dan sekutunya Syria berkata serangan itu sebagai tidak benar dan berkata tiada sebarang bukti menunjukkan senjata kimia digunakan di Douma.

Duta AS Nikki Haley memberitahu majlis bahawa ‘terdapat maklumat yang jelas yang menunjukkan Assad bertanggung dalam serangan itu – AP