Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran pembuka sambutan ulang tahun imagine

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan imagine

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Bagi memulakan sambutan ulang tahun keduanya, imagine telah mengadakan majlis kesyukuran, hari ini, yang merupakan acara penglibatan komuniti pertamanya bagi tahun ini.

    Menurut kenyataan imagine, majlis bacaan Doa Selamat dan Tahlil berkenaan diadakan bagi merakamkan kesyukuran dan penghargaan atas pencapaian dan sokongan yang telah dibuat dan diterima sejak mula beroperasi pada 2020.

    Majlis yang termasuk solat Asar berjemaah itu diadakan di Masjid Kampung Sungai Pandan, Kampong Ayer dan dihadiri oleh ahli Lembaga Pengarah imagine, Awang Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaid.

    Mengetuai rombongan imagine pada majlis itu ialah Naib Presiden Perusahaan Perniagaan, Awang Mazlan bin Mohidin dan disertai oleh warga pengurusan kanan serta kakitangan.

    Kenyataan menyatakan, selaras dengan protokol Fasa Awal Endemik, syarikat berkenaan juga menjemput kakitangan yang lain untuk mengambil bahagian dalam acara itu secara maya melalui sambungan yang dikuasakan oleh perkhidmatan mudah alih Wish Postpaid imagine.

    Awang Ahmad Fathi menyerahkan sumbangan wakaf untuk Masjid Kampung Sungai Pandan.
    Majlis kesyukuran juga disusuli dengan pengagihan sumbangan makanan.

    Pada majlis berkenaan, Awang Ahmad Fathi turut menyampaikan beberapa barangan wakaf untuk keselesaan dan kemudahan jemaah yang diterima oleh imam masjid berkenaan, Awang Bahrom bin Pengarah Haji Abdullah Sonny.

    Sebagai sebahagian daripada acara itu dan dengan sokongan daripada Projek Infaq, imagine juga mengagihkan lebih 150 bungkus yang sebahagiannya disediakan oleh penduduk kampung itu.

    Sumbangan makanan itu diagihkan kepada mereka yang hadir termasuk warga imagine, kanak-kanak, jemaah, orang kurang upaya dan warga emas yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Pandan.

    Dengan adanya penglibatan daripada masyarakat itu, ia memberi imagine peluang untuk lebih memahami keperluan mereka yang tinggal di Kampong Ayer seterusnya mengeratkan lagi hubungan antara syarikat dan masyarakat setempat.

    Menurut imagine, sepanjang minggu hadapan, syarikat berkenaan juga akan menganjurkan beberapa usaha penglibatan komuniti yang lain termasuk kempen derma darah pada 27 Januari di tingkat satu Airport Mall, Berakas bermula pukul 10:30 pagi hingga 3 petang.

    Untuk kempen berkenaan, walaupun walk-in dialu-alukan tapi tempahan slot juga disediakan melalui aplikasi mudah alih BloodKad yang boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan iOS.

    Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah, imagine akan memberi sama ada barangan percuma, kad SIM percuma, port-in mudah alih percuma, tambah nilai percuma untuk jalur lebar dan perkhidmatan mudah alih yang mana ia diberikan secara yang dahulu didahulukan sementara stok masih ada.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...