Majlis kesyukuran penubuhan perbadanan taib ke-29 tahun

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) yang ke-29 tahun, Perbadanan TAIB telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat hari ini di Masjid Kampung Limau Manis.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku penasihat Lembaga Pengarah TAIB.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah TAIB; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku timbalan pengerusi Lembaga Pengarah TAIB; Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji [email protected] selaku ketua Kampung Limau Manis; Pengarah Urusan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; ahli-ahli Lembaga Pengarah; Jawatankuasa Penasihat Syariah serta pengurusan, pegawai-pegawai dan kakitangan TAIB serta jemaah Masjid Kampung Limau Manis.

Di antara pengisian majlis termasuklan sembahyang sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Limau Manis, Awang Rozaime bin Haji Bunal.

Setiap tahun Perbadanan TAIB mengadakan majlis ulang tahun penubuhan setelah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan merasmikannya pada 29 September 1991.

Penubuhan Perbadanan TAIB telah menandakan permulaan baharu bagi Negara Brunei Darussalam sebagai institut kewangan yang pertama menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan menurut ajaran Islam.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua sama-sama menunaikan sembahyang sunat Hajat berjemaah sempena ulang tahun penubuhan Perbadanan TAIB yang ke-29 tahun.
Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Limau Manis.