Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran penyiapan projek jeti

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga dengan kerjasama Kumpulan Meraih Berkah (KMB) telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran bersempena kejayaan pembinaan projek inisiatif menaik taraf jeti penurunan penduduk Kampung Sungai Bunga, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Kota Batu serta Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis yang sekali gus menyaksikan penyampaian sumbangan keperluan perlindungan daripada KMB bagi Sekolah Rendah Tanjung Kindana dan Sekolah Ugama Kampung Sungai Bunga yang diwakilkan oleh ketua kumpulan berkenaan, Hajah Florinda binti Haji Mejenis.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Bunga, Awang Zaini bin Haji Salleh.

    Menurut MPK Sungai Bunga dan KMB, inisiatif perlaksanaan menaik taraf jeti penurunan penduduk kampung berkenaan itu adalah sebagai salah satu usaha untuk memudahkan urusan harian mereka khususnya dari segi membina anak tangga tambahan dengan menggunakan bahan lebih konkrit supaya lebih kukuh dan tahan lama berbanding sebelumnya.

    Kedua-dua pihak juga menjelaskan bahawa projek berkenaan begitu perlu dilaksanakan secepatnya, lebih-lebih lagi apabila berlakunya musim air surut di mana anak tangga yang sedia ada tidak dapat mencapai caruk perahu tambang yang pastinya merumitkan para penumpang untuk naik ke jeti. Selain itu, beberapa kemudahan lain turut dibina termasuklah alat pemegang bagi kemudahan golongan warga emas mahu pun orang berkeperluan khas dan juga tempat duduk bagi menunggu perahu tambang. Petak khas untuk meletakkan troli barangan milik persendirian turut disediakan agar persekitaran kelihatan lebih kemas dan tersusun.

    Hajah Florinda menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil dari pihak sekolah semasa berlangsungnya majlis doa kesyukuran bersempena projek menaik taraf jeti penurunan penduduk Kampung Sungai Bunga, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...