Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran rai 20 tahun penubuhan SAB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 08 JAN- Sempena penubuhan Sekolah Arab Belait (SAB) yang telah mencecah usia 20 tahun, satu Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di sekolah berkenaan petang kelmarin.

    Majlis berkenaan diadakan bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Aliyani bin Ismail.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah A-Fatihah yang dipimpin oleh Ahmad Fayyadh bin Ahmad Faris, pelajar Sanah 8 sekolah berkenaan. Diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Awang Zuhairin bin Abd Rahman.

    Majlis disusuli dengan bacaan Tahlil oleh Awang Ahmad Zaaim bin Haji Bagol dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Sawardi bin Haji Mahadi.

    Majlis diadakan dengan tujuan untuk menghargai jasa para tenaga pengajar yang pernah berkhidmat di sekolah tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni, warga sekolah dan para jemputan.

      Suasana sekitar majlis doa kesyukuran berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda