Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran rai bakal graduan

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Izah Azahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Bagi meraikan 230 bakal graduan yang akan menamatkan pengajian di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), satu majlis kesyukuran tamat pengajian telah diadakan, kelmarin.

    Majlis kelolaan bersama pejabat pendaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu juga diadakan bagi menyemarakkan majlis konvokesyen ke-8 KUPU SB dengan tetamu kehormatnya ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

    Turut hadir ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar; Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, para pegawai, pensyarah KUPU SB dan para jemputan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz sebelum bacaan Surah Luqman dari ayat 1 hingga 19 dan Dikir Marhaban oleh bakal graduan serta Doa Kesyukuran dibacakan oleh Awang Mohd Amiruddin bin Haji Mohd Deli.

    Majlis konvokesyen itu nanti menyaksikan 20 graduan Program Sarjana Perguruan Agama, 22 graduan program Diploma Perguruan Agama Lepasan Ijazah, tiga graduan Program Diploma Perguruan Agama Lepasan Ijazah (pengajaran Bahasa arab), 36 graduan Program Sarjana Muda Perguruan Agama Aliran Usuluddin, 76 graduan Program Sarjana Muda Perguruan Agama

    Aliran Syariah, 12 graduan Program Diploma Tertinggi Perguruan Agama Aliran Usuluddin dan 65 graduan Program Sarjana Diploma Tertinggi Perguruan Agama Aliran Syariah akan menerima ijazah masing-masing.

    Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz semasa menghadiri majlis kesyukuran bagi meraikan 230 bakal graduan KUPU SB.
    Bakal-bakal graduan yang diraikan semasa majlis kesyukuran tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda