Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran raikan kepulangan kontinjen ABDB

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Kepulangan empat orang anggota kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menyertai penugasan sebagai ahli Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team 4/2022 (IDB VMAT 4/2022) di Mindanao, Republik Filipina telah diraikan pada majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli kontinjen ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, pemangku setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, komandan-komandan, pegawai-pegawai dan staf Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Kontinjen yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Hairin bin Japar itu telah kembali ke tanah air pada 3 Mei lalu.

    Baru-baru ini, empat orang pegawai ABDB telah dihantar bertugas sebagai ahli IDB VMAT 5/2023 bagi meneruskan misi tersebut.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir pada majlis keagamaan berkenaan. – Gambar oleh Azlan Othman
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...