Majlis kesyukuran semarak Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Dalam menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74, majlis-majlis kesyukuran diadakan oleh pelbagai pihak termasuk kementerian-kementerian kerajaan dalam melahirkan rasa kesyukuran.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya adalah antara yang mengadakan Majlis Kesyukuran, Sembahyang Fardu Asar, Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan yang berlangsung di Surau, Tingkat 3, Island Block, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive.

Majlis yang dikelolakan oleh Bahagian Belanjawan dan Rancangan Kemajuan Negara itu dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sementara itu, Kementerian Pem-bangunan turut mengadakan majlis serupa yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan, hari ini, di mana hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika hadir pada majlis kesyukuran bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74, di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di Commonwealth Drive, kelmarin.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi ketika menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan di Kementerian Pembangunan, kelmarin.
Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-74 tahun di KKBS. – Gambar serahan KKBS
Antara yang menghadiri Majlis Kesyukuran, Sembahyang Fardu Asar, Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Antara warga KKBS yang menyertai majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-74 berkenaan. – Gambar serahan KKBS

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub.

Selain Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-74, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Sebuah lagi kementerian yang mengadakan majlis seumpamanya adalah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang diselajurkan dengan Khatam Al-Quran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-74.

Majlis berlangsung di Dewan Digadong (peserta lelaki) dan surau (peserta perempuan), di bangunan KKBS.

Majlis tersebut juga dilaksanakan secara berasingan di pejabat masing-masing secara serentak melalui kaedah penggunaan pembesar suara dalam bangunan, penstriman langsung (live streaming) melalui platform digital seperti Facebook, Microsoft team dan Zoom dalam mengambil kira langkah berjaga-jaga dan pelaksanaan de-escalation COVID-19.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Haji Mohammad Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) di KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, para pengarah, pegawai-pegawai kanan dan warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta belia-belia Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan Pusat Pembangunan Belia (PBB) di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Majlis-majlis diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara de-ngan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah SWT.