Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran sempena Hari Puja Usia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), kelmarin, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Majlis yang berlangsung di surau sekolah berkenaan telah dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Profesional, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Norjarah binti Haji Ludin selaku wakil tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir di majlis itu ialah pegawai-pegawai dari JPI, tenaga pengajar, para pelajar Tahun 8 dan penuntut asrama SUAMPRIPAHS serta jemputan khas yang terdiri daripada bekas pelajar-pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dari tahun 1967 hingga 1969.

    Wakil tetamu kehormat (kiri), Pengetua SUAMPRIPAHS (dua dari kiri) semasa menyertai majlis tersebut.

    Majlis telah diisikan de-ngan bacaan Al-Quran serta inti sarinya oleh pelajar Tahun 9 dan 10 iaitu Dayang Hanisah Syahirah binti Haji Haminuddin, Dayang Anis Elyana binti Anuar, Dayang Siti Fathiah binti Jasmin dan Dayang Siti Norsyakilla binti Abdullah Haidie kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Haji Rosman bin Haji Jair.

    Manakala itu, bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dibacakan oleh Pengiran Haji Mohammad Norhadi bin Pengiran Haji Bongsu dan Doa Allah Peliharakan Sultan pula dibacakan oleh Mohammad Faizul Azuwan bin Haji Ahim.

    Majlis juga diisikan dengan mini pameran dan aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Inggeris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda