Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran sempena penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari Universiti Teknologi MARA baru-baru ini telah diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok, malam ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Katok ‘A’, Haji Adnan bin Haji Bagol, jemaah masjid dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.
Sementara itu bacaan Surah Yasin dan tahlil serta Doa Kesyukuran telah dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Zulfadhli bin Haji Abdul Rahman.
Majlis berkenaan merupakan anjuran Majlis Perundingan Kampung Katok ‘A’ bersama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok.
