Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis Kesyukuran sempena Puja Usia

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik yang ke-39 tahun di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, ibu negara, hari ini.

    Hadir menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pe-ngerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti bacaan Surah Yasin, doa kesyukuran dan sembahyang Isyak berjemaah.

    Selesai saja sembahyang Fardu Isyak, Duli Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek Puja Usia dan menerima pesambah daripada Yayasan.

    Duli Yang Teramat Mulia diputerakan pada 19 Ramadan 1403 Hijrah bersamaan 30 Jun 1983 Masihi.

    Duli Yang Teramat Mulia telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan pada 18 Jamadilakhir 1434 bersamaan 1 Mac 2013. Menerajui pucuk pimpinan tertinggi di Yayasan, Duli Yang Teramat Mulia sangat prihatin terhadap pengurusan dan perkembangan Yayasan.

    Di samping itu, Duli Yang Teramat Mulia juga sering berkenan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Tadbir, meninjau dan melibatkan diri dalam apa jua projek dan aktiviti yang diusahakan dan dianjurkan Yayasan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung memotong kek Hari Puja Usia yang ke-39 tahun pada majlis kesyukuran yang diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, malam tadi. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menerima pesambah pada majlis berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan membaca Surah Yasin semasa Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...