Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran ulang tahun MRSB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Sempena ulang tahunnya yang ke-9, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran pada Isnin lalu.

    Majlis juga diselajurkan dengan Kuliah Mingguan yang akan diadakan setiap Isnin selepas solat Fardu Maghrib.

    Kuliah pada minggu pertama berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Muhammad Nasyith bin Superi.

    Antara yang hadir ialah Penaung MRSB, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah pegawai masjid, Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abdul Wahab, penasihat-penasihat, ahli jawatankuasa takmir serta jemaah masjid. Orang ramai termasuk ahli jawatankuasa serta jemaah masjid dialu-alukan untuk menyemarakkan masjid dengan menghadiri kuliah mingguan yang akan datang.

    Antara yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-9 MRSB baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...