Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Majlis Khatam 77 kali bermula

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 bagi 2023 bermula hari ini dengan majlis pelancaran selepas sembahyang Fardu Asar berjemaah di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis pelancaran memulakan bacaan diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77.

    Bagi Daerah Belait, majlis diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu.

    Daerah Tutong, ia berlangsung di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sementara itu, bagi Daerah Temburong, majlis diadakan di Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Majlis telah dimulakan de-ngan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari juzuk pertama dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Para peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, penuntut-penuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah Arab, sekolah-sekolah agama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa menghadiri majlis khatam yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
    Antara peserta yang menyertai pelancaran Majlis Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.- Gambar oleh Syahmi Hassan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...