Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan derma

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 28 Mei – Bersempena bulan Ramadan ini, Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2018 yang berlangsung di Masjid Kampung Penanjong, hari ini. Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PTET, Haji Amit bin Haji Omar dan Pengetua PTET, Hajah Murni binti Abdullah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Awang Mohd Akmal Syahmi bin Jaya dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan Tahtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian derma dan barangan keperluan kepada seramai 28 orang anak yatim dan Skim Miftah An-Najah yang disempurnakan oleh Pengetua PTET.

    Majlis Khatam Al-Quran PTET yang diadakan di Masjid Kampung Penanjong, petang kelmarin.

    Kemudian, majlis diikuti dengan penyampaian baucar iaitu sumbangan berupa barang-barang keperluan bagi Projek Aur dan Tebing kepada 10 buah keluarga terpilih yang disempurnakan oleh Pengerusi PIBG, PTET.

    Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada warga PTET termasuk para pensyarah, pelajar-pelajar dan ibu bapa yang telah dijalankan beberapa hari lalu.

    Ia bertujuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan di samping dapat memeriahkan kehidupan mereka dalam meraikan bulan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda