Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Majlis khatam eratkan ukhuwah guru dan kakitangan sekolah agama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Khatam Al-Quran telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah agama kawasan Brunei I secara dalam talian pagi tadi.

    Seramai 221 orang guru dan kakitangan seklah-sekolah agama mengikuti majlis tersebut yang terdiri daripada 75 orang lelaki dan 146 orang perempuan.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Suffri Sofian bin Haji Mohd Umar.

    Antara tujuan majlis adalah untuk menghidupkan bulan suci Ramadan dengan amalan berkebajikan dan program keagamaan, membudayakan Hubbul Quran dalam kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah di samping memberi peluang untuk sama-sama tahsin (memperbaiki) bacaan Al-Quran dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah dalam sama-sama menjayakan program yang berkebajikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah sebelum bacaan surah-surah lazim (Ad-Dhuha – An-Nas). Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran dan Tahlil, Doa Khatam Al-Quran, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Doa Selamat.

    ATAS & BAWAH: Antara guru dan kakitangan di dua buah sekolah agama kawasan Brunei I yang mengikuti majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang diadakan secara maya, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...