Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Majlis khatam KSSUP di MRSB

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta jabatan-jabatan di bawahnya hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1443H di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar.

    Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap I, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berkenaan berupa sebuah alat pembersih udara (Air Purifier) bagi kegunaan masjid berkenaan, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada imam MRSB.

    Seterusnya, majlis diikuti dengan bacaan Al-Fatihah yang disusuli dengan bacaan surah-surah lazim, bacaan Takhtim dan Doa Khatam serta diikuti dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Khatam.

    Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan setiap bulan Ramadan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang Mubarak di samping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ketika menghadiri majlis khatam Al-Quran KSSUP yang diadakan di MRSB, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyerahkan sumbangan wakaf kepada imam MRSB sebelum majlis khatam dimulakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...