Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Majlis khatam penutup tadarus bulan Ramadan

    Oleh Syahmi Hassan & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Dengan bulan Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, majlis-majlis khatam giat dilaksanakan oleh pelbagai pihak sebagai penutup majlis-majlis tadarus yang diadakan sejak awal bulan suci ini.

    Hari ini, seramai 75 orang belia, beliawanis, Muslimah dan ahli Jawatankuasa Lelaki Masjid Kampung Sungai Besar diraikan dalam majlis khatam Al-Quran setelah menamatkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran sempena bulan Ramadan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di masjid berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku penaung ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar dan Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Hasbi.

    Sementara itu, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran secara serentak di kesemua surau ABDB di keempat-empat daerah, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

    Majlis tersebut adalah kemuncak acara-acara tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam di Masjid Kampung Sungai Besar, kelmarin.
    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan menyampai-kan cenderahati kepada pelajar lelaki BIBD ALAF. – Gambar serahan BIBD
    Hajah Noraini menyampaikan cenderahati kepada peserta perempuan pada majlis khatam pelajar BIBD ALAF, baru-baru ini.
    Antara yang hadir pada majlis khatam Kementerian Pertahanan dan ABDB di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    Hajah Siti Norzalena hadir pada majlis khatam Al-Quran JPCC, Jerudong Park Amphitheatre, kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, pemangku setiausaha tetap, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis serupa juga diadakan bagi pegawai-pegawai dan anggota wanita warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pula mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi seramai 100 orang pelajar BIBD ALAF, yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, di Pusat Kecemerlangan dan Pemerkasaan, Bangunan PGGMB, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof selaku pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman, para pegawai kerajaan, ahli-ahli Badan Penasihat Syariah BIBD dan pasukan pengurusan kanan BIBD.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para pelajar BIBD ALAF berkenaan juga menerima cenderahati dan hamper Hari Raya Aidilfitri yang diserahkan oleh Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan kepada 50 peserta lelaki, manakala itu, Hajah Noraini menyempurnakan penyampaian kepada 50 peserta perempuan.

    Manakala itu, hari ini, Jerudong Park Country Club (JPCC) meraikan 23 pihak pengurusan dan kakitangan JPCC yang telah menamatkan pembacaan

    30 Juzuk Al-Quran sempena bulan Ramadan pada majlis khatam yang berlangsung di VIP Holding Room, Jerudong Park Amphitheatre.

    Hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengurus Am JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman dan pihak pengurusan dari pelbagai jabatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...