Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai ulang tahun ke-30 PERWIRA

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Sempena ulang tahunnya yang ke-30 dan sebagai salah satu kegiatan keagamaan di bulan Ramadan yang penuh berkah ini, Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

    Majlis turut diisikan dengan bacaan tahlil khusus buat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Doa Kesyukuran, penyampaian derma anak yatim dan solat fardu Maghrib berjemaah.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Penasihat PERWIRA, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud; serta Yang Di-Pertua PERWIRA, Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad.

    Turut hadir ialah mantan-mantan pemerintah ABDB iaitu Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Mejar Jeneral (B) Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, mantan pegawai kanan ABDB, ahli-ahli PERWIRA dan keluarga.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua turut hadir pada majlis khatam di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...