Friday, February 3, 2023
23.3 C
Brunei

-

Majlis khatam sempena ulang tahun ABDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-61 secara serentak di semua surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan angkatan bersama ABDB, pengarah-pengarah tentera, komandan–komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai–pegawai serta anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh pemerintah ABDB dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh peserta-peserta khatam Al-Quran.

Acara diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban, penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam Al-Quran dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

Pemerintah ABDB bergambar ramai dengan peserta khatam.- Gambar serahan Kementerian Pertahanan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Polis tahan 23 suspek Letupan masjid Pakistan

PESHAWAR, PAKISTAN, 1 FEB - Polis di Pakistan telah menahan 23 orang berhubung letupan di sebuah masjid di dalam ibu pejabat polis yang mengorbankan...
- Advertisment -