Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Majlis korban semarak Aidiladha

    Gambar serahan UTB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Sempena menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Universiti Teknologi Brunei (UTB), dengan kerjasama Unit Keagamaan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UTB, telah mengadakan majlis ibadah korban dan akikah di Dewan Concourse, kampus universiti berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Turut hadir pegawai kanan, kakitangan, pelajar universiti dan tetamu jemputan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti oleh Selawat Tafrijiyyah dan Takbir Raya beramai-ramai. Satu ceramah agama mengenai ‘Taqarrub melalui Ibadah Korban’ telah disampaikan oleh Penolong Profesor, Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Antarabangsa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.

    Tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada 30 asnaf fakir miskin dan penerima lain. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan dan bacaan Doa Selamat.

    Profesor Dr Hajah Zohrah semasa menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Concourse, UTB kelmarin.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...