Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Majlis makan malam alu-alukan menteri Singapura

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, malam ini, telah menghoskan Majlis Makan Malam untuk rombongan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua bagi Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad bersama isteri.

    Majlis berlangsung di kediaman Yang Berhormat Pehin di Daraina 8, Kampung Sungai Besar.

    TYT Masagos Zulkifli sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja tiga hari bermula hari ini bagi mengetuai delegasi terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan juga dari Majlis Ugama Islam Singapura.

    Hadir semasa majlis makan malam tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan datin; Charge d’Affairs Kedutaan Besar Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, Shaun Philip Grosse; mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan datin; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri; Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Serudin bin Haji Timbang dan isteri; serta para pegawai kanan KHEU.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama TYT Masagos Zulkifli semasa majlis makan malam berkenaan.
    Isteri Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama juga hadir pada majlis makan malam tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...