Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Majlis meriahkan awal tahun Hijrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang telah kembali dari menunaikan fardu haji tahun ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan itu diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk ‘Menja-
    na Insan Bertakwa dan Berintegriti melalui penghayatan Peristiwa Hijrah Rasulullah
    SAW’.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Ceramah keagamaan telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Dalam ceramah itu, beliau antara lain menggariskan penghijrahan Baginda dari Mekah ke Madinah dalam menyebarkan dan menyampaikan dakwah yang diamanahkan oleh Allah.

    Beliau menjelaskan, dalam usaha menyebarkan dan menyampaikan dakwah, Baginda Rasulullah diburu oleh pembesar-pembesar Quraisy yang ingin membunuh Baginda bagi menghentikan dakwah Baginda.

    Majlis sambutan diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban bagi meraikan jemaah-jemaah haji warga kementerian dengan diiringi menabur bunga rampai yang didahului oleh tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pembangunan.

    Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan bagi tahun ini, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan menabur bunga rampai kepada pegawai dan kakitangan yang baharu pulang dari menunaikan ibadah haji tahun ini.
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -