Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Majlis Penghargaan Pelajar meriah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN – Sekolah Bakti Dewa baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penghargaan Pelajar yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, Jerudong, di sini, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Osman bin Haji Mohd Jair. Juga hadir di majlis berkenaan ialah ibu bapa pelajar dari kesemua cawangan sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Awang Keffli bin Haji Mohamad. Kemudian acara demeriahkan dengan beberapa buah persembahan yang disampaikan oleh pelajar-pelajar dari ketiga-tiga buah cawangan (Jerudong, Berakas dan Tutong) sekolah tersebut. Antara persembahan yang disampaikan ialah persembahan ‘Snow White’ dan juga ‘Beauty and The Beast’.

Tujuan ianya diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajarnya yang menuntut di sekolah berkenaan, serta galakan agar lebih bermotivasi dan berani tampil di khalayak orang ramai.

Antara persembahan yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Bakti Dewa baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -