Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Majlis pengundian calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Sebanyak 267 undian iaitu 95.4 peratus menyatakan bersetuju manakala 10 undian iaitu 3.6 peratus tidak bersetuju dan tiga lagi undian iaitu 1 peratus rosak dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong A, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Sekolah Rendah Rimba, Brunei III itu menyaksikan pengundian calon tunggal, Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, 57, untuk mengisikan jawatan berkenaan.

    Majlis pemilihan dan pengundian calon bagi jawatan ini telah diadakan secara dalam talian dan kertas undian.

    Haji Julkepli telah bersara dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan pangkat kapten dan kini memangku jawatan Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Rimba, dan bermastautin di kampung berkenaan selama 18 tahun.

    Hasil keputusan keseluruhan pengundian yang diperolehi ini akan dibawa ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses seterusnya.

    Turut hadir pada majlis itu, pemangku penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan pemangku-pemangku ketua kampung Zon 4.

    Calon tunggal, Haji Julkepli bersama pencadang dan penyokong di majlis berkenaan.
    Antara penduduk kampung yang hadir mengundi dalam majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...