Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Majlis pengundian calon penghulu mukim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BELAIT, 4 SEPT – Majlis pengundian dan pemilihan calon penghulu Mukim Kuala Belait, Daerah Belait telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait, Daerah Belait. 

    Manakala, kelmarin majlis pengundian dan pemilihan turut diadakan di Balai raya Sungai Teraban, Kampung Sungai Teraban.

    Pengundian hari ini menggunakan kaedah kertas undi. Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada 2 September jam 8 pagi.

    Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Ketua Bahagian Kuasa Tempatan dan Perpaduan (Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dayang Jaimah binti Tuah, pemangku penolong pegawai Daerah Belait dan pemangku ketua-ketua kampung di bawah Mukim Kuala Belait, Daerah Belait.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin. 

    Salah seorang penduduk membuang undi bagi pemilihan calon penghulu Mukim Kuala Belait, Daerah Belait yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait, kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim

    Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Pemangku Pegawai Daerah Belait.

    Calon tunggal yang layak bagi jawatan penghulu Mukim Kuala Belait ialah Haji Abdul Afiq bin Zainuddin, berusia 34 tahun yang merupakan guru agama pelatih di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait. 

    Beliau mempunyai kelulusan Diploma Tertinggi Pengurusan Ugama (Usuluddin) dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

    Di samping itu beliau juga aktif dalam beberapa persatuan belia dan beliau merupakan naib yang di-pertua Majlis Belia Daerah Belait serta ketua Sukarelawan Belia Daerah Belait.

    Seramai 364 orang pen-duduk mukim daripada seramai 507 orang yang berdaftar dan layak mengundi hari ini telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan penghulu Mukim Kuala Belait.

    53 orang daripadanya telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, dan 311 orang menggunakan kertas undi.

    Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 317 orang bersetuju dan 47 orang tidak bersetuju, manakala tiada undi rosak.

    Keputusan pengundian yang diperoleh akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...