Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Majlis pengundian, pemilihan calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Majlis pengundian dan pemilihan calon dua jawatan ketua kampung di Mukim Berakas B telah diadakan secara serentak di dua lokasi yang berasingan, hari ini.

    Pengundian dan pemilihan calon bagi Ketua Kampung Sungai Akar Kawasan 1 telah diadakan di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) manakala bagi Ketua Kampung Kawasan 5, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan pula diadakan di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan 2.

    Hadir menyaksikan majlis pengundian di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan 2 ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim manakala majlis di MRSB disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Majlis pengundian dilaksanakan dengan kertas undi dan menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK.

    Calon tunggal bagi jawatan Ketua Kampung Kawasan 5, RPN Lambak Kanan ialah Haji Hamidi bin Haji Abdul Wahid, 36, telah bermastautin di kampung tersebut selama 26 tahun dan mempunyai kelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Brunei dan berkhidmat di Radio Televisyen Brunei.

    Pada majlis pengundian tersebut, beliau telah mendapat 227 undi di mana empat undian menyatakan tidak bersetuju dan dua undian rosak.

    Manakala calon tunggal bagi jawatan Ketua Kampung Sungai Akar Kawasan 1 ialah Haji Zailani bin Haji Abdul Malik, 58, yang telah bermastautin di kampung berkenaan selama 21 tahun.

    Beliau mempunyai kelulusan Post Graduate Diploma dalam Pengajian Komputer dari Universiti Essex, United Kingdom pada 1992 dan sebelum bersara, beliau bertugas sebagai pengurus kanan di Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info- Komunikasi Brunei Draussalam (AITI).

    Pada majlis pengundian itu, beliau telah mendapat 191 undian yang mana tiga daripada jumlah tersebut menyatakan tidak bersetuju dan dua lagi undian telah didapati rosak.

    Pengiraan undi dilakukan bagi calon tunggal Kampung Sungai Akar Kawasan 1, Mukim Berakas B yang berlangsung di MRSB.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...