Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Penutup Kursus Ibadah Haji akhir Jun ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan Majlis Penutup Kursus Ibadah Haji dan Doa Selamat bagi Bakal-bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Musim Haji 1439H/2018M akan diadakan pada 30 Jun ini di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam bermula 8:30 pagi dan bukannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

    Sehubungan itu, bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi musim haji ini adalah dikehendaki hadir ke majlis tersebut pada tarikh dan tempat yang dinyatakan.

    Sebagai maklumat, antara pengisian majlis itu nanti ialah taklimat mengenai keselamatan dan undang-undang serta taklimat kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda