Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Majlis penyerahan jersi pertandingan e-sukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Persatuan E-sukan Brunei Darussalam (ESB) telah mengadakan majlis penyerahan jersi pertandingan rasmi kepada atlet yang mewakili negara, Ahmad Syauqi Haji Junaidi yang akan bertanding dalam Kategori Terbuka eFootball di Kejohanan E-sukan Komanwel 2022.

    Pihak persatuan akan menghantar dua orang ahli yang terdiri daripada seorang pengurus pasukan dan seorang atlet bagi temasya Kejohanan E-sukan Komanwel 2022 di Birmingham yang dijadualkan akan berlepas esok.

    Hadir menyempurnakan penyerahan jersi pertandingan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly dan Presiden ESB, Abdul Azhiim bin Haji Abdul Latif.

    Negara Brunei Darussalam diundi dalam Kumpulan A bersama Nigeria, Gibraltar, England dan Ghana. Hanya pemenang daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan playoff.

    Persatuan ESB turut menyasarkan sekurang-kurangnya tempat kedua teratas dalam kumpulan.

    Ahmad Syauqi dalam pada itu juga menyatakan hasratnya untuk memenangi pertandingan tersebut meskipun mengetahui tahap kesukaran yang perlu ditempuhi. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada persatuan kebangsaan atas peluang yang diberikan.

    Di samping itu, presiden ESB juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih sambil menyampaikan tanda penghargaan kepada penaja iaitu Progresif, You-C1000 dan Processta Sdn Bhd kerana telah menaja perjalanan mereka ke Birmingham.

    Pada majlis tersebut, pihak persatuan turut berkesempatan membawa para hadirin melawat sekitar kemudahan latihan ESB baharu di mana atlet berlatih dan bertanding secara dalam talian.

    Haji Mohamad Rosfazilah menyampaikan jersi pertandingan kepada Ahmad Syauqi yang akan mewakili negara dalam Kategori Terbuka eFootball di Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...