Majlis perpisahan rai pesuruhjaya tinggi Bangladesh

Oleh Syazwani Hj Rosli

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Dewan Perniagaan Bangladesh Brunei Darussalam menganjurkan majlis makan malam perpisahan untuk Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh di Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain dan isteri Abeda Islam, di Dewan Songket 3, Hotel Antarabangsa Rizqun di Gadong malam kelmarin.

TYT Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain dalam ucapannya mengucapkan selamat tinggal kepada tetamu dan menyatakan penghargaan beliau atas sokongan mereka sepanjang tempoh beliau di Brunei.

Acara yang dianjurkan oleh ahli Dewan Perniagaan Bangladesh Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai dari kedutaan menunjukkan penghargaan mereka terhadap Tuan Yang Terutama sepanjang tempoh beliau berada di Brunei.

Lebih 80 orang terdiri daripada pesuruhjaya tinggi, ahli Dewan Perniagaan Bangladesh di Brunei Darussalam dan tetamu kehormat hadir pada majlis makan malam perpisahan malam

tadi.
TYT Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain telah menyerahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.

TYT Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain semasa menyampaikan ucapan pada majlis perpisahan berkenaan.
TYT Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain bersama tetamu semasa majlis makan malam perpisahan yang berlangsung di Dewan Songket 3, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.