Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Majlis pertemuan bekas penuntut SMJA eratkan silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sekian lama terjalin sejak 1976, bekas penuntut Sekolah Menengah Jamalul Alam (SMJA) bagi 1976/1982 telah mengadakan majlis pertemuan, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan di salah sebuah restoran di Kampung Tanjong Bunut itu juga dimeriahkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang diraikan secara sederhana dengan mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Diungkayahkan oleh Hajah Afsah binti Mohd Yassin bersama rakan-rakan bekas penuntut SMJA yang lain, majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh bekas penuntut, Haji Ali bin Mustapa seterusnya bacaan Doa Selamat oleh Haji Abdullah bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid.

    Selain itu, majlis berkenaan juga dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

    Gambar ramai bekas penuntut SMJA tahun 1976/1982 semasa majlis yang diadakan baru-baru ini.- Gambar serahan bekas penuntut Sekolah Menengah SMJA 1976/1982
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...