Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Majlis pertemuan erat silaturahim

    Oleh Noorhamizan Hj Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 19 JAN – Seramai 27 orang bekas anggota bomba dan penyelamat Skuad 11 telah mengadakan majlis pertemuan semula di salah sebuah restoran di Daerah Temburong.

    Majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin sejak mula menyertai profesion itu pada tahun 1979 selain memberi peluang kepada bekas anggota berkenaan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman setelah bersara.

    Menurut salah seorang bekas anggota tersebut, majlis itu merupakan kenangan yang berharga dan tidak dapat dilupakan setelah lama tidak bertemu.

    Majlis itu diteruskan dengan majlis ramah mesra dan bacaan Doa Selamat. Anggota bomba dan penyelamat Skuad 11 memulakan latihan pada 3 Januari 1979 dan berjaya menamatkan latihan rekrut pada bulan Julai 1979 iaitu setelah enam bulan menjalani latihan di Pusat Latihan Bomba di Muara.

    Gambar ramai bekas anggota bomba Skuad 11 di perkarangan Balai Bomba Bangar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...