Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Majlis pertemuan erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Bagi mengeratkan lagi hubungan yang sekian lama terjalin sejak 50 tahun yang lalu, 17 orang bekas pelajar Sains 2, Tingkatan 4 dan 5 Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) tahun 1971/1972 telah mengadakan pertemuan Jubli Emas, baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di Restoran De Dream di Pusat Berakas itu dianjurkan bersama oleh Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Kassim dan Hajah Rokiah binti Haji Ludin.

    Dalam pertemuan itu, majlis diisi dengan bacaan Doa Arwah dan Tahlil khusus buat guru-guru dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

    Bekas-bekas pelajar dapat bertukar-tukar pandangan, berkongsi aktiviti masing-masing di samping mengimbas kenangan semasa di bangku sekolah.

    Dengan adanya pertemuan semula seumpamanya, ia diharap dapat diungkayah pada masa-masa akan datang untuk terus memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin.

    Gambar ramai bekas pelajar Maktab SOAS tahun 1971/1972 semasa majlis pertemuan Jubli Emas yang diadakan di Restoran De Dream, Pusat Berakas, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...