Majlis pertemuan semula imbau kenangan

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Setelah lebih 50 tahun berpisah sejak menamatkan pengajian, bekas pelajar Maktab Anthony Abell (AAC), Seria mengimbau kenangan dalam Majlis Pertemuan Semula 50 tahun yang diadakan di Restoran Srikandi, Kuala Belait, kelmarin.

Majlis dihadkan kepada 50 orang ahli selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian daripada pelan de-escalation mengenai perhimpunan sosial di restoran-restoran.

Di samping itu, majlis juga diadakan tanpa persediaan dengan had masa dua jam bagi berbual dan mengukuhkan semula tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Shaikh Haji Hanafiy bin Shaikh Haji Ahmad yang menyatakan bahawa perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan semula bekas pelajar dari tahun 1970an dan beliau melahirkan perasaan gembira dengan jumlah kehadiran dan bertemu dengan bekas rakan sekelas.

Selepas ucapan, majlis diteruskan dengan bankuet di mana para alumni berkongsi hidangan dan cerita daripada kisah-kisah lama dan terkini sesama mereka. Di samping itu, majlis juga menyaksikan beberapa orang alumni menghadiri acara menerusi aplikasi Zoom.

Sebahagian daripada ahli yang hadir pada acara tersebut dan menerusi aplikasi Zoom.