Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Majlis rai pelajar, guru cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dalam Peperiksaan Kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan BC-GCE ‘AS’ Level, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Al-Azkiya, SMALHB.

    Majlis tahunan berkenaan juga diteruskan dengan penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang, Hadiah Guru Cemerlang dan Hadiah Aktiviti. Pada majlis itu, 24 orang pelajar menerima STPUB dan empat orang pelajar menerima sijil BC-GCE ‘AS’ Level.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Aminah binti Haji Yahya yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada para penerima.

    Majlis diadakan sebagai satu usaha untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar kerana telah berjaya dalam bidang akademik dan aktiviti sekolah serta memotivasikan pelajar-pelajar yang masih menuntut di SMALHB supaya mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, majlis juga diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru cemerlang dalam pengajaran akademik dan usaha gigih guru-guru berkenaan serta sebagai pendorong kepada guru penerima agar lebih proaktif dalam tugasan mereka dan menjadi sumber inspirasi kepada guru-guru lain ke arah perkhidmatan pendidikan yang berkualiti, penuh dedikasi, kreatif dan inovasi.

    Dayang Aminah menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...