Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Majlis rai ulang tahun kemerdekaan Filipina ke-124

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Kedutaan Republik Filipina di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan majlis resepsi sempena Ulang Tahun ke-124 Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club di Jerudong malam tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis resepsi dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Republik Filipina dan Negara Brunei Darussalam disusuli dengan ucapan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R Tirol-Ignacio.

    Dalam ucapan, PYT Marian antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala yang erat dan kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina sejak hubungan diplomatik sepenuhnya dijalin pada 1 Januari 1984.

    Beberapa inisiatif juga sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi hubungan ekonomi yang erat antara kedua-dua negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan PYT Marian Jocelyn memotong kek pada majlis resepsi yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club di Jerudong, kelmarin.
    Acara diserikan dengan persembahan daripada pelajar Sekolah Seri Mulia Sarjana, Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana dan Synergie Brunei.

    Perjanjian persefahaman dalam industri halal dan pembangunan dan promosi eksport halal telah dilaksanakan secara berterusan.

    Selain itu, sekolah kejururawatan swasta juga dijangka ditubuhkan di Bandar Seri Begawan menjelang akhir tahun ini dengan usaha sama antara Far Eastern University di Manila, Kementerian Kesihatan dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

    Kehadiran Filipina di Brunei Darussalam dapat dilihat menerusi hubungan yang wujud dalam kalangan kira-kira 20,000 warga Filipina yang tinggal di negara ini yang mana kebanyakannya bekerja dalam pelbagai bidang industri dan dalam semua kategori kemahiran, selain pekerja Filipina juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara Brunei Darussalam, jelas PYT Marian.

    Majlis seterusnya menyaksikan acara memotong kek oleh Yang Berhormat Dato bersama PYT Marian diikuti de-ngan penyampaian cenderamata oleh PYT Marian kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew.

    Acara turut diserikan dengan pertunjukan kebudayaan yang dipersembahkan oleh Sarjana Education Group yang terdiri daripada para pelajar dan guru dari Sekolah Seri Mulia Sarjana, Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana dan Synergie Brunei.

    Selain itu, beberapa pameran mengenai barangan kemas yang dibuat daripada mutiara turut diadakan di kawasan ruang legar Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club bagi tontonan para pengunjung.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...