Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Majlis rai ulang tahun penubuhan IMechE

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Tahun 2022 merupakan tahun yang mengujakan bagi Institusi Jurutera Mekanikal (IMechE) apabila mereka menyambut ulang tahun ke-175.

    Sehubungan itu, Kumpulan IMechE Brunei baru-baru ini telah menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-5 penubuhan institusi di Hotel Radisson di ibu negara.

    Kumpulan IMechE Brunei telah ditubuhkan pada Februari 2017 dan sehingga ke hari ini mempunyai kira-kira 330 ahli termasuk pelajar daripada institusi pendidikan di seluruh Negara Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada malam tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak. Tetamu jemputan lain yang hadir termasuk Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Sr Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan para pegawai kanan sektor awam, profesor, pensyarah Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei, ahli IMechE dan jurutera lain dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

    Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ir Chin Lee Tuck selaku Pengerusi Kumpulan IMechE Brunei diikuti dengan penyampaian sijil kepada ahli pengasas Kumpulan IMechE Brunei, dan sijil pengiktirafan oleh Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) kepada institusi.

    Majlis turut diisikan dengan dua ceramah teknikal oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, dengan tajuk 4IR in Relation to the Engineering Community.

    Topik lain yang dibentangkan ialah Menetapkan Semula Industri Pembinaan dengan Transformasi Digital oleh Profesor Ir Dr Tan Chee Fai selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur serta Juara Produktiviti Kebangsaan Perbadanan Produktiviti Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

    Dr Nor Imtihan bersama tetamu lain semasa majlis makan malam di Hotel Radisson baru-baru ini. – Gambar serahan IMechE Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...