Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Majlis Resepsi Perpisahan rai Duta besar Indonesia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Pelbagai pencapai-an diraih sepanjang Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko berkhidmat di negara ini.

    Ini termasuklah dalam jumlah perdagangan antara Negara Brunei Darussalam dan Indonesia yang meningkat sehingga 10 kali ganda berbanding lima tahun sebelumnya.

    Di samping itu, sejak pengurangan sekatan pergerakan telah memperlihatkan peningkatan yang ketara di mana bertambahnya jumlah penerbangan ke Indonesia khususnya ke Jakarta dan Surabaya.

    Diharapkan dengan kembalinya penerbangan langsung dari Negara Brunei Darussalam yang dihentikan ke pusat pelancongan yang popular seperti Bali tidak lama lagi akan dapat membawa lebih ramai lagi pelancong ke negara tersebut.

    Perkara tersebut antara yang diketengahkan oleh TYT Dr Sujatmiko semasa Majlis Resepsi Perpisahan yang dihoskan oleh Kor Diplomatik di negara ini yang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara, malam tadi.

    TYT Dr Sujatmiko dan TYT Jassim Ali Al-Obaidli bergambar ramai semasa Majlis Resepsi Perpisahan di Hotel Radisson di ibu negara, kelmarin.
    TYT Dr Sujatmiko semasa menerima cenderamata yang diserahkan oleh TYT Jassim Ali Al-Obaidli.
    TYT Dr Sujatmiko semasa menyampaikan ucapannya.

    Dalam ucapannya itu, Tuan Yang Terutama juga menyentuh mengenai pelaburan di ibu kota baharu yang terletak di Pulau Borneo yang jelas sekali telah mengundang dan menarik banyak minat untuk mengambil peluang menjalankan pelaburan di sana nanti.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengongsikan bahawa sebanyak 160 tan biji padi dijangka akan didatangkan ke negara ini untuk ditanam di kawasan Wasan dan Labi.

    Meskipun Tuan Yang Terutama akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi, namun beliau tidak menyangkal untuk terus mengunjungi negara ini sebagai rakyat biasa bagi mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara kedua-dua buah negara.

    Sementara itu, Dekan Kor Diplomatik dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jassim Ali Al-Obaidli dalam ucapan alu-aluannya turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang dijalin sepanjang keberadaannya di negara ini bersama seluruh warga Kor Diplomatik di negara ini. Majlis turut menyaksikan TYT Jassim Ali Al-Obaidli menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada TYT Dr Sujatmiko.

    Sementara itu, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia, Sri Hariyani Tri Ratna turut menerima cenderamata daripada isteri-isteri Kor Diplomatik di negara ini. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai 2018.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...