Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Majlis resepsi perpisahan untuk duta Myanmar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kor Diplomatik luar negara di Brunei Darussalam, hari ini telah mengadakan majlis resepsi perpisahan bagi Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Htin Lynn yang akan menamatkan perkhidmatan di negara ini. 

    Majlis makan malam perpisahan tersebut berlangsung di Hotel Radisson Brunei.

    Dekan Kor Diplomatik dan Duta Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, bagi pihak Kor Diplomatik atas tempoh produktif awda di negara ini, seperti yang terbukti dalam hubungan yang semakin meningkat antara Myanmar dan Brunei.

    Sementara itu, TYT U Htin Lynn menyampaikan ucapan perpisahan ringkas dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerabat diraja, kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kor Diplomatik yang telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh sepanjang beliau berkhidmat di Negara Brunei Darussalam.

    Acara diteruskan dengan majlis penyampaian jambangan bunga kepada Daw Hnin Hnin Ko, isteri TYT U Htin Lynn yang disampaikan oleh Hasanaa Al-Musalhi, isteri TYT Sheikh Ahmed.
    TYT U Htin Lynn telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 7 Julai 2018 yang lalu.

    TYT U Htin Lynn dan TYT Sheikh Ahmed bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Hotel Radisson Brunei kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...