Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Hubungan dan kerjasama dua hala yang erat dalam bidang pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China memainkan peranan penting dalam pertukaran serta kerjasama luar bagi China di mana dengan usaha kedua buah negara, perkembangan hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara terus dipertingkatkan.
Perkara itu dinyatakan oleh Atase Pertahanan Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Kanan Wu Geng dalam kata alu-aluan beliau di Majlis Resepsi Ulang Tahun Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) ke-90 yang diadakan di Hotel Raddisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Tamit dan Isteri.