Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Salam Mesra kongsi keceriaan Aidilfitri

    Oleh Imelda Groves HA

     

    TUTONG, 14 Julai – Sebagai usaha untuk berkongsi keceriaan Hari Raya dan menunjukkan rasa keprihatinan serta kasih sayang kepada murid-murid pendidikan khas agama, Majlis Salam Mesra telah diadakan semalam di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong, kelmarin.

    Ketua Guru Pendidikan Khas Agama Daerah Tutong, Hajah Surayati binti Haji Ahmad Shah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, majlis berkenaan juga diadakan agar para pelajar lebih ceria sekali gus dapat berkenalan sesama mereka dari sekolah-sekolah yang berlainan.

    Selain itu, ia juga untuk mengamalkan budaya bermaaf-maafan dan mengukuhkan hubungan silaturahim di antara guru-guru Pendidikan Khas Agama, murid-murid dan ibu bapa murid dalam meraikan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Gambar ramai murid-murid Pendidikan Khas Agama bersama guru-guru dan ibu bapa.
    Gambar ramai murid-murid Pendidikan Khas Agama bersama guru-guru dan ibu bapa.
    Persembahan daripada murid Pendidikan Khas Agama.
    Persembahan daripada murid Pendidikan Khas Agama.

    Majlis berkenaan telah dimeriahkan dengan pelbagai acara dan persembahan termasuk nyanyian beramai-ramai dan pantun Hari Raya oleh wakil penjaga murid pendidikan khas agama.

    Selain itu, majlis juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pakaian tercantik dalam kalangan ibu bapa dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Mohammad Izzat Fauzan bin Rosmenan, murid Pendidikan Khas Agama, Sekolah Ugama Batalion Kedua, Tutong Kem.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda