Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1438H/2017M, yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Pusat Persidangan Antarabangsa dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1438H serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir Tahun 1437H/2016M, Awang Mohammad Sa’adun bin Suhaili. Manakala kesimpulan maknanya dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.

    Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menekankan tentang tema sambutan iaitu ‘Iman Teguh Akidah Teguh’.

    Tema berkenaan menekankan kepentingan iman dan takwa yang bermaksud setiap individu Islam, dalam apa jua kapasiti dan kadar keupayaannya akan sentiasa memastikan kemurnian fahaman dan amalan beragama.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka adinda dan anakanda Baginda berangkat tiba di Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka adinda dan anakanda Baginda berangkat tiba di Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    Baginda Sultan semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negara, kelmarin.
    Baginda Sultan semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negara, kelmarin.
    DYTM Pengiran Perdana Wazir,  DYTM Pengiran Bendahara, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara, kelmarin.
    DYTM Pengiran Perdana Wazir, DYTM Pengiran Bendahara, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel semasa berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara, kelmarin.
    Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin menyembahkan ucapan alu-aluannya.
    Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin menyembahkan ucapan alu-aluannya.
    Awang Mohammad Sa’adun memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran manakala Awang Mohammad Zamery membaca kesimpulan maknanya.
    Awang Mohammad Sa’adun memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran manakala Awang Mohammad Zamery membaca kesimpulan maknanya.

    “Dalam konteks ini, fahaman itu ialah menurut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan yang lazim terpakai. Ianya mustahak diteguhkan menerusi pendidikan formal dan non-formal secara terkawal dari sebarang penyimpangan,” jelas Yang Berhormat Pehin.

    Beliau juga menyembahkan bahawa KHEU akan meneruskan usaha menjayakan program-program pendidikan agama menerusi persekolahan sehingga ke pengajian tinggi, program dakwah dan takmir masjid menerusi aktiviti-aktiviti peningkatan mutu amal ibadat, ilmu dan kesedaran beragama dalam kalangan orang ramai, terutama sekali kalangan belia dengan aktiviti-aktiviti kumpulan belia masjid dan belia daie.

    “Alhamdulillah, masyarakat kita adalah masyarakat yang kuat dipengaruhi oleh fahaman dan amalan beragama. Ianya mewujudkan suasana beragama yang sangat kondusif bagi peningkatan ilmu dan amalan beragama.

    “Maka, di situlah letaknya cabaran kepada tenaga-tenaga yang berpendidikan agama dan juga yang berilmu agama untuk memastikan masyarakat yang dahagakan ilmu dan amalan keagamaan yang mantap itu, akan sentiasa mendapat bimbingan ilmu dan amalan beragama menurut kefahaman dan amalan yang lazim terpakai dan diikuti di negara ini,” jelas Yang Berhormat Pehin.

    Menurut Yang Berhormat Pehin, bagi menyemarakkan Sambutan Israk dan Mikraj tahun ini, KHEU melalui jabatan dan bahagian di bawahnya menyelenggarakan beberapa acara iringan iaitu Karnival Mudahnya Sembahyang yang akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

    Selain itu, ceramah-ceramah yang akan dikendalikan oleh kementerian-kementerian, institusi pengajian dan masjid-masjid juga akan diadakan.

    Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Iman Teguh Akidah Kukuh’ yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Bidang Hadis, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Khairul Nazif bin Haji Damit.

    Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan ini, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan semasa berkenan berangkat melawat jualan hasil usahawan tempatan yang diadakan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini.
    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan semasa berkenan berangkat melawat jualan hasil usahawan tempatan yang diadakan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun ini.

    p08-7_20170425

    DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan melawat gerai jualan sempena Majlis Sambutan  Israk dan Mikraj, kelmarin.
    DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa berkenan melawat gerai jualan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj, kelmarin.
    DYTM Pengiran Bendahara semasa berkenan melawat gerai jualan di ICC, kelmarin.
    DYTM Pengiran Bendahara semasa berkenan melawat gerai jualan di ICC, kelmarin.
    YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan melawat gerai jualan di ICC, kelmarin.
    YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan melawat gerai jualan di ICC, kelmarin.

    Sebelum berangkat balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan melawat acara jualan hasil usahawan tempatan termasuk produk Brunei Halal yang diadakan sempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1438H/2017M Peringkat Negara yang juga diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Jualan yang diadakan selama tiga hari dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang itu disertai lebih 20 pengusaha tempatan. Ia dikendalikan oleh KHEU melalui JPI dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Syiar Islam.

    Selain produk halal tempatan, klinik Al-Fatihah dan klinik sembahyang juga diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai mentasmik bacaan Surah Al-Fatihah dengan betul yang dikendalikan oleh Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sementara menghalusi tatacara sembahyang dikendalikan oleh JPI.

    Acara jualan berkenaan diadakan untuk menyemarakkan dan mempelbagaikan acara sempena Sambutan Israk dan Mikraj sebagai mekanisme untuk menjana kualiti pemakanan halal serta pengurusan jual beli yang jujur dan amanah.

    Selain itu juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kemudahan serta perkhidmatan agensi-agensi yang berkepentingan dalam pembangunan ekonomi Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/