BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, bertempat di Istana Nurul Iman, malam ini.
(Klik di sini untuk berita lanjut)