Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis santap diraja penuh gilang-gemilang

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

    Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

    Keberangkatan tiba Baginda berdua ke Majlis Persantapan Diraja.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bersama para pemimpin dunia.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada ketua-ketua dan perwakilan negara.

    Duli Pengiran Perdana Wazir dan Duli Pengiran Digadong bersama tetamu diraja berkenan berangkat ke majlis persantapan diraja.
    Duli Pengiran Bendahara dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel pada Majlis Persantapan Diraja. – Gambar Azrol Azmi
    YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa keberangkatan tiba.
    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berangkat tiba.
    Suasana sepanjang majlis persantapan tersebut.
    Antara ketua-ketua negara dan kerajaan yang menghadiri majlis persantapan tersebut.
    Doa dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

    Juga berangkat dan hadir pada Majlis Persantapan Diraja sebagai tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah terdiri daripada ketua-ketua dan perwakilan negara dan kerajaan ASEAN, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15, Sultan Muhammad V; beberapa orang raja Melayu Malaysia; Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Sarawak dan Ketua Menteri Sabah; pembesar-pembesar diraja dari Bahrain, Jordan, Kesultanan Oman, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom.

    Sebelum Majlis Persantapan Diraja dimulakan, doa telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta ini melakarnya satu lagi sejarah negara yang menjadi ristaan sepanjang zaman, yang mana sambutan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di negara ini bagi menandakan 50 tahun pemerintahan Baginda sejak 5 Oktober 1967.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda