Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Santap Negara di Istana Nurul Iman

    Gambar oleh Infofoto

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bersama tetamu-tetamu khas kerajaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-71 Tahun.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

    Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah,Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara.
    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, Duli Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan hadir pada Majlis Santap Negara di Istana Nurul Iman kelmarin. Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak dan isteri.
    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, Duli Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan hadir pada Majlis Santap Negara di Istana Nurul Iman kelmarin. Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak dan isteri.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkongsi saat gembira.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkongsi saat gembira.
    Duli Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
    Duli Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
    Duli Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.
    Duli Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.
    Duli Pengiran Bendahara dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah.
    Duli Pengiran Bendahara dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah tetamu-tetamu khas antaranya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud; Ketua Menteri Sabah, Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari; Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; Setiausaha Kewangan Republik Filipina, Carlos Garcia Domingues III; Menteri Tenaga Thailand, Jeneral Anantaporn Kanjanarat; Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Ketua Polis Negara Republik Indonesia, Jenderal Polisi Drs. H. M. Tito Karnavian.

    Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat dan hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, pehin-pehin manteri dan manteri-manteri pedalaman dan para perwakilan asing ke negara ini serta para pegawai kanan kerajaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda