Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis santap sempena Perhimpunan Agung FAPW

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Penaung Diraja Friends of Asia Pacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat menghadiri majlis santap malam bagi mengalu-alukan ahli FAPW yang menghadiri Perhimpunan Agung FAPW ke-5 di Dewan Sutra, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Pada majlis berkenaan, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan untuk disembah kenalkan kepada para peserta dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta perhimpunan.

    Negara Brunei Darussalam telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung FAPW ke-5 di mana ia dikendalikan dan diselaraskan oleh ahli-ahli FAPW sepanjang perhimpunan yang bermula dari 12 hingga 15 Mac.

    Perhimpunan kali melibatkan penyertaan seramai 93 orang ahli FAPW daripada 13 buah negara rantau Asia Pasifik termasuk Australia, Cook Island, Filipina, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Negara Brunei Darussalam.

    KDYTM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan berangkat ke majlis santap berkenaan.

    YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta perhimpunan agung berkenaan.
    YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta perhimpunan agung berkenaan.

    YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah ketika berkenan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta Perhimpunan Agung FAPW.
    YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah ketika berkenan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta Perhimpunan Agung FAPW.

    Di antara mereka yang menghadiri majlis berkenaan.
    Di antara mereka yang menghadiri majlis berkenaan.

    FAPW merupakan skim keahlian yang menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) serta ahli-ahlinya.

    FAPW ditubuhkan pada 1999 bagi menyokong dan membantu WAGGGS dalam kerja-kerja menambah dana bagi memperkasa dan membantu perkembangan kanak-kanak perempuan hingga wanita muda.

    Perhimpunan agung dua tahun sekali itu diadakan untuk memilih enam orang ahli kumpulan kerja atau jawatankuasa tertinggi baru untuk berkhidmat bagi tempoh selama tiga tahun.

    Sepanjang perhimpunan agung ini, pelbagai program telah diatur termasuk perhimpunan dan pemilihan ahli baru Kumpulan Kerja FAPW, penyampaian lencana keahlian FAPW, bazar antarabangsa dan lawatan ke perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda