Friday, December 6, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Solat Hajat, bacaan surah Yasin hadapi SSSRU

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei I telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin di Jame ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong kelmarin.

    Majlis berkenaan adalah bagi memohon ‘inayah dan keberkatan dari Allah SWT di samping melaksanakan persediaan dalam menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada bulan November ini.

    Turut hadir adalah Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei I, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Dayang Siti Halimatul Saadiah binti Haji Wahsalfelah.

    Majlis tersebut bermula dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Peperiksaan serta diakhiri dengan tazkirah oleh Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Majlis yang turut dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Darjah VI Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei I diadakan agar murid-murid dipermudahkan berkenaan dan beroleh kejayaan cemerlang dalam menghadapi Peperiksaan SSSRU yang dijadualkan bermula pada esok, 11 November sehingga hingga 25 November.

     

     

    Antara yang hadir dalam majlis berkenaan.    
    Dayang Siti Halimatul Saadiah turut hadir dalam majlis berkenaan.

    Awang Abdul Rahman menyampaikan tazkirah.

      GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda