Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Majlis Tadarus KHEDN semarak bulan Ramadan

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 8 APRIL – Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di bawahnya 1443H/2022M bagi Daerah Temburong telah diadakan di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong, kelmarin.

    Majlis berkenaan diselenggarakan oleh Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok. 

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku ketua rombongan. 

    Majlis dimulakan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Awang Sokhrati @Muhammad Hanafi bin Haji Bahrun. 

    Selepas itu, majlis diteruskan dengan tadarus Al-Quran yang diketuai oleh imam masjid berkenaan dan diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat.

    Sebelum mengakhiri majlis, rombongan mengadakan sembahyang Fardu Asar berjemaah. 

    Antara tujuan rombongan Tadarus Al-Quran KHEDN ke daerah-daerah adalah untuk menyemarakkan bulan Ramadan, selain itu ia dihasratkan dapat menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung dan pemimpin akar umbi.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu; Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang), Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Awang Salminan bin Haji Burut; Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Awang Azmi bin Haji Hafneh; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan di KHEDN, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Temburong berserta penduduk kampung sekitarnya. 

    Rombongan KHEDN akan meneruskan majlis berkenaan di daerah-daerah yang lain.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar semasa menghadiri majlis tadarus yang berlangsung di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...